Anda di sini

Gotong-royong PIBG Tabika KEMAS Lakil berjaya

Advertisement
 Semangat kekeluargaan menyerlah semasa aktiviti gotong-royong LAKIL.
BANTU MEMBANTU: Semangat kekeluargaan menyerlah semasa aktiviti gotong-royong LAKIL.
 Adman, (berdiri kiri), James (berdiri dua kiri) dan anggotanya ketika menyertai CSR pada gotong-royong LAKIl baru-baru ini.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL: Adman, (berdiri kiri), James (berdiri dua kiri) dan anggotanya ketika menyertai CSR pada gotong-royong LAKIl baru-baru ini.
 Anggota AFRS dan ibu bapa LAKIL mengecat garisan parkir di depan tabika.
BIAR JELAS: Anggota AFRS dan ibu bapa LAKIL mengecat garisan parkir di depan tabika.

KEHADIRAN Pengurus Lapangan Terbang Limbang Adman Katua dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang(AFRS) diketuai Ketua Unit Bomba Joseph James Ugil berjaya menyerikan lagi progam gotong-royong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tabika KEMAS Lakil baru-baru ini.

Ia merupakan satu lagi program tanggungjawab sosial korporat Lapangan Terbang Malaysia Limbang dalam membantu menjayakan program yang pertama kalinya tahun ini.

Program itu turut dihadiri lebih 30 ahli-ahli PIBG Tabika KEMAS Lakil yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan persekitaran tabika  bagi menyediakan suasana pembelajaran kondusif bagi kanak-kanak.

Pengerusi PIBG Tabika KEMAS Lakil Ayatul Azmi Zaini berkata, program gotong-royong merupakan aktiviti pertama yang diadakan selepas pelantikan ahli jawatankuasa baharu PIBG sesi 2019.

Katanya, program itu bertujuan meningkatkan keprihatinan dan komitmen ibu bapa, guru-guru serta masyarakat terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan tabika.

“Aktiviti ini merupakan program tahunan Tabika KEMAS Lakil yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada ibu bapa dan warga tabika.

“Kita yakin program ini mampu mewujudkan kerjasama erat antara guru dan ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti di luar kelas,” katanya pada program tersebut di sini, baru-baru ini.

Beliau turut berterima kasih atas penglibatan Pengurus Lapangan Terbang Limbang dan AFRS dalam menjayakan program kali ini.

Turut sama ialah Timbalan Pengerusi PIBG Tabika KEMAS LAKIL Morshidi Tuah, Setiausaha PIBG Tabika KEMAS Lakil Mastura Ismail dan Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Lakil ABCD Safiah Naim, Mariam Usut, Siti Ardila Pedi dan Anie Ibrahim.

  • oleh
  • Advertisement