Anda di sini

Dr Abdul Rahman dampingi masyarakat Cina Limbang sempena sambutan TBC

Advertisement
 Leong (empat kiri) dan keluarga berkumpul bersama pada sambutan Tahun Baharu Cina ketika menerima kunjungan Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan rombongan.
RUMAH TERBUKA: Leong (empat kiri) dan keluarga berkumpul bersama pada sambutan Tahun Baharu Cina ketika menerima kunjungan Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan rombongan.
 Sufian (depan, tiga kiri), Paulus, Dr Abdul Rahman (enam  kiri) dan Dayang Maimunah bergambar kenangan bersama keluarga besar Chwee Ching (lima kiri).
KELUARGA BESAR: Sufian (depan, tiga kiri), Paulus, Dr Abdul Rahman (enam kiri) dan Dayang Maimunah bergambar kenangan bersama keluarga besar Chwee Ching (lima kiri).
 Chua (tiga kiri) bergambar bersama Dr Abdul Rahman (tengah) dan tetamu lain.
TRADISI: Chua (tiga kiri) bergambar bersama Dr Abdul Rahman (tengah) dan tetamu lain.

MENTERI Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail yang amat dekat dengan masyarakat Cina di Limbang terus mendampingi masyarakat itu pada sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di daerah Limbang, Selasa lepas.

Amalan tradisi saban tahun ini diteruskan lagi tahun ini dengan amalan kunjung-mengunjungi beberapa kediaman masyarakat Cina di Limbang.

Dr Abdul Rahman meluangkan masa beramah mesra dan mengunjungi kediaman Ketua Masyarakat Cina Limbang Temenggung Ang Kheng Su, Pemanca Leong Boon Ming, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Limbang Lim Chwee Ching dan Pengurus Limbang Plaza David Chua Kien Teen.

Turut hadir ialah isteri Dr Abdul Rahman, Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri, Mary Sindang, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan rombongan terdiri daripada Wanita dan Pemuda PBB turut mengadakan kunjungan ke kediaman pemimpin masyarakat Cina di daerah Limbang.

Para tetamu juga turut disajikan dengan limau mandarin atau ‘lokam’ pada jamuan makan besar sekeluarga, selain menyaksikan persembahan mercun dan menerima angpau.

Advertisement