Anda di sini

IPD KK ambil tindakan drastik banteras dadah di lima lokasi panas

Advertisement
HABIBI memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perhimpunan Bulanan di IPD Kota Kinabalu.
HABIBI memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perhimpunan Bulanan di IPD Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengambil tindakan drastik membanteras lima lokasi panas bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti penyalahgunaan dadah dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata lima kawasan yang sudah dikenalpasti aktif aktiviti dadah termasuklah Kampung Lokub, Bakau, Cenderamata, Sembulan dan Tanjung Aru di sini.

"Lima pegawai bersama pasukan masing-masing sudah ditempatkan di lokasi terbabit dan pasukan ini akan melaksanakan aktiviti 'pembersihan' kegiatan dadah di sana.

"Kita harapkan kesemua lokasi yang dinyatakan akan bebas dadah sepenuhnya menjelang penghujung Mac akan datang ini," katanya semasa sidang media selepas

Majlis Perhimpunan Bulanan di IPD Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata operasi berterusan secara bersepadu yang turut disertai agensi lain adalah strategi yang dilakukan dalam melaksanakan tindakan pencegahan secara drastik itu.

"Kita juga memerlukan kerjasama berterusan daripada orang awam serta masyarakat dalam menyalurkan maklumat penting agar usaha pembanterasan ini dapat dilakukan secara menyeluruh," katanya.

Dalam pada itu, Habibi menyatakan indeks jenayah di sini menurun kepada 5.4 peratus, bersamaan 1,628 kes pada 2017 berbanding 1,541 kes tahun lalu.

"IPD Kota Kinabalu turut merekodkan kejayaan penyelesaian sejumlah 1,056 kes iaitu sebanyak 68 peratus manakala kes lain termasuk pecah rumah, curi kenderaan dan rompakan berkumpulan menurun sejak 2017 sehingga tahun lalu.

"Seramai 2,166 suspek yang melakukan pelbagai kesalahan dadah juga berjaya ditahan tahun lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

  • oleh
  • Advertisement