Anda di sini

Beri kerjasama kepada presiden MPS bangunkan Sandakan

Advertisement
JUHAR bersama Shafie, Stephen (tiga kanan), VK Liew (dua kanan), Christina (kanan), Peter Hii (dua kiri) dan Jaujan (kiri) serta tetamu kehormat lain memukul gong sebagai tanda perasmian.
JUHAR bersama Shafie, Stephen (tiga kanan), VK Liew (dua kanan), Christina (kanan), Peter Hii (dua kiri) dan Jaujan (kiri) serta tetamu kehormat lain memukul gong sebagai tanda perasmian.

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal mahu semua wakil rakyat memberi kerjasama baik kepada presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi memastikan usaha membangunkan bandar ini dapat direalisasikan.

“Rakyat termasuk pegawai kerajaan dan swasta juga perlu memberi kerjasama bagi memastikan apa juga perancangan serta usaha menambah baik dalam pelbagai aspek dan meningkatkan ekonomi Bandar Sandakan dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau menjelaskan kerjasama yang baik kepada Datuk Peter Hii Chang Lik selaku presiden MPS sudah pasti membolehkan dia memberi perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra rakyat, sekali gus merealisasikan perubahan yang dihasratkan kerajaan negeri ke arah ‘Sabah Baharu’.

“Saya sangat yakin dan percaya Datuk Peter Hii dapat membangunkan Bandar Sandakan dengan bantuan serta kerjasama yang baik daripada wakil-wakil rakyat dan rakyat di bandar ini.

“Keinginan kita (kerajaan) mahu melihat perubahan di Bandar Sandakan dari segi ekonomi, pembangunan dan peluang pekerjaan kepada rakyat melalui perancangan serta pentadbiran yang tidak mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 Daerah Sandakan yang disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Haji Mahiruddin di Padang Bandaran Sandakan, pagi Rabu.

  • oleh
  • Advertisement