Anda di sini

Rumah pekerja kilang musnah terbakar

Advertisement
RUMAH pekerja kilang yang musnah dalam kebakaran itu.
RUMAH pekerja kilang yang musnah dalam kebakaran itu.

TUARAN: Sebuah rumah pekerja kilang di Jalan Serusup di sini musnah dalam kebakaran pada malam Sabtu.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 malam dan bergegas ke lokasi kejadian pada jarak 15 kilometer.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.55 malam dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya jam 11.13 malam.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

  • oleh
  • Advertisement