Anda di sini

Mangsa kebakaran Taman Merpati terima sumbangan

Advertisement
Salah seorang mangsa kebakaran menerima sumbangan daripada Jaffari.
Salah seorang mangsa kebakaran menerima sumbangan daripada Jaffari.

SANDAKAN: Mangsa kebakaran di Taman Merpati menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan daripada Ketua PKR Cabang Libaran Jaffari William pada petang Sabtu.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Jaffari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik.

“Dalam tinjauan ini, saya dimaklumkan kejadian kebakaran itu telah memusnahkan dua rumah manakala dua rumah lagi mengalami kerosakan.

"Saya berharap para mangsa dapat bersabar dan sentiasa kuatkan semangat serta iman dalam menghadapi dugaan berkenaan,” katanya sebaik meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Taman Merpati Batu 7, petang Sabtu.

Melalui sumbangan itu, Jaffari berharap ia mampu meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung sementara menunggu bantuan lain yang akan disalurkan kepada mangsa.

Beliau turut berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu mangsa yang terlibat.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sudah menjadi tanggungjawab kita membantu mereka yang memerlukan apatah lagi mereka yang ditimpa musibah seperti kebakaran. Justeru, kita berharap lebih banyak NGO tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa terbabit,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement