Anda di sini

Polis tahan 59 individu, rampas 21.64 gram dadah

Advertisement
SEBAHAGIAN rampasan dadah yang dijalankan dalam operasi selama seminggu di Sembulan dan Telipok.
SEBAHAGIAN rampasan dadah yang dijalankan dalam operasi selama seminggu di Sembulan dan Telipok.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan 59 individu dan merampas 21.64 gram dadah bernilai RM3,250 dalam tempoh seminggu operasi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua suspek berumur 17 hingga 55 tahun itu ditahan di beberapa kawasan serbuan di Sembulan dan Telipok.

“16 daripada suspek ditahan dengan kesalahan memiliki dadah manakala 43 yang lain adalah positif penyalahgunaan dadah bagi saringan ujian awal air kencing.

“39 suspek dikenalpasti sebagai warga tempatan manakala 20 yang lain adalah warga asing,” katanya.

Habibi berkata kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 12(2), dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya usaha membanteras pengedaran serta penagihan dadah di daerah ini akan diperketatkan lagi dari semasa ke semasa demi kesejahteraan serta ketenteraman masyarakat di sini.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kegiatan jenayah khususnya narkotik bagi mengelakkan kegiatan ini semakin berleluasa.

  • oleh
  • Advertisement