Anda di sini

Jake Gyllenhaal dapati seni boleh membunuh dalam ‘Velvet Buzzsaw’

Advertisement
 JAKE
JAKE

PELAKON Jake Gyllenhaal membawa watak seorang pengkritik seni yang sombong dalam filem terbitan Netflix Inc ‘Velvet Buzzsaw’, sebuah filem aksi satira yang berubah menjadi filem berdarah apabila dia dan orang lain cuba mengaut keuntungan daripada karya seorang artis yang baharu meninggal dunia.

Gyllenhaal menggambarkan Morf Vandewalt, seorang pengkritik yang mula melihat imej-imej pelik dalam lukisan yang dia kritik.

“Dia adalah watak yang agak gila,” kata Gyllenhaal kepada Reuters di atas permaidani merah sewaktu tayangan perdana bagi filem itu di Los Angeles.

Filem itu, yang ditayangkan buat pertama kali menerusi Netflix pada Jumaat, ditulis dan diarah oleh penulis lakon layar yang dicalonkan untuk anugerah Oscar, Dan Gilroy, yang turut menulis dan mengarah filem Gyllenhaal yang dipuji ramai pada 2014 ‘Nightcrawler’.

‘Velvet Buzzsaw’ menyampaikan mesej tentang kepenggunaan menerusi dunia urusan seni yang mewah, kata Gyllenhaal.

“Kita hidup dalam dunia sekarang di mana, saya rasa, apa yang kita nilai biasanya berbentuk kewangan dan dapat diukur dengan wang berbanding apa yang kita secara individu benar-benar amat sukai,” kata Gyllenhaal.

“Dan saya rasa Dan seakan-akan menyerang semua itu.”

Rene Russo turut berlakon sebagai pemilik galeri, dan Daveed Diggs membawa watak seorang pelukis yang cuba menjual lukisannya.

Filem itu “meminta kita berfikir tentang nilai yang kita letakkan ke atas seni dan siapa yang kita benarkan untuk menjadi penjaga perkara sedemikian,” kata Diggs.

“Jika anda lihat siapa yang terbunuh dalam filem itu, politik dalam filem itu menjadi sangat jelas dan saya rasa itu adalah sebahagian daripada maksudnya.” — Reuters

Advertisement