Anda di sini

Christina sumbang tiga kepala singa

Advertisement
CHRISTINA (empat kiri) dan Kia  (kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas acara membuka mata singa.
CHRISTINA (empat kiri) dan Kia (kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas acara membuka mata singa.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew menyumbangkan tiga kepala singa kepada Persatuan Tarian Singa Qun Sheng dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut menyempurnakan acara membuka mata singa.

"Sumbangan itu diberikan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Tarian Singa Qun Sheng, Kia Min Ting menjelaskan persatuan itu dibentuk sejak 2008.

Katanya, persatuan itu sehingga kini hanya mempunyai 20 ahli sahaja.

"Saya sangat berterima kasih kepada Christina yang murah hati menyumbangkan tiga kepala singa kepada persatuan ini," katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Vivien Lee, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Api-Api Grace Lee dan Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Tawau Samsuri Baharuddin.
 

  • oleh
  • Advertisement