Anda di sini

Ziarah Cakna: Amalan nilai murni, kasih sayang guru dan ibu bapa

Advertisement
 Rombongan Ziarah Cakna mengunjungi rumah pelajar terpilih di Betong.
ZIARAH CAKNA: Rombongan Ziarah Cakna mengunjungi rumah pelajar terpilih di Betong.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia amat menitikberatkan amalan nilai murni menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat-menghormati kalangan warga sekolah.

Kementerian melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong dan sekolah-sekolah daerah Betong melaksanakan Program Ziarah Cakna Peringkat Daerah Betong dan pelancarannya dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Supian Ekeram di Betong, Isnin.

Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program membabitkan pegawai-pegawai PPD Betong, guru-guru dan ibu bapa.

Beliau berharap program dilancarkan seluruh negara membuahkan nilai positif kalangan masyarakat dan menjadi panduan merangka jaringan antara sekolah dan ibu bapa.

 Nurfuad (kiri) menyampaikan Cakna Matahati kepada Sufian.
PENGHARGAAN: Nurfuad (kiri) menyampaikan Cakna Matahati kepada Sufian.

Turut diadakan perasmian rombongan PPD Betong bersama warga SK Abang Abdul Kadir Betong mengadakan lawatan ke rumah murid-murid terpilih untuk bertemu dengan ibu bapa.

“Diharapkan pertemuan itu memberi manfaat kepada perkembangan menyeluruh murid-murid di samping membolehkan pihak sekolah mengumpul maklumat murid-murid, memahami latar belakang murid serta merapatkan hubungan ibu bapa dan guru,” katanya pada majlis pelancaran di Dewan Sri Abadi sekolah tersebut.

Menurutnya, program dirangka bagi membudayakan konsep sekolah penyayang setiap sekolah dan guru-guru memainkan peranan penting mengenal pasti setiap anak didik.

“Dalam pada itu, lawatan guru ke rumah murid-murid dikenal pasti untuk berkongsi perkembangan pembelajaran anak-anak kepada ibu bapa,” katanya.

Turut sama Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, Guru Besar SK Abang Abdul Kadir Betong Abang Nurfuad Abang Nurul, Yang Dipertua PIBG Saleman Senin, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung serta guru-guru.

  • oleh
  • Advertisement