Anda di sini

Remaja lelaki ditahan bersama syabu

Advertisement
REMAJA lelaki yang ditahan dalam keadaan mencurigakan di Kg Surati.
REMAJA lelaki yang ditahan dalam keadaan mencurigakan di Kg Surati.

PAPAR: Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Surati di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, lelaki tempatan berumur 16 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Semasa diperiksa anggota kita menemukan sejumlah hablur jernih di dalam plastik kecil dipercayai dadah jenis syabu di dalam poket seluar suspek.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, kejayaan ini adalah salah satu usaha pihak polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dalam mencegah jenayah setempat selain mengurangkan aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.

SYABU yang dirampas semasa penahanan suspek.
SYABU yang dirampas semasa penahanan suspek.
  • oleh
  • Advertisement