Anda di sini

Pelantikan MPKK selesai bulan ini

Advertisement
Ewon (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pegawai daerah yang hadir.
Ewon (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pegawai daerah yang hadir.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedict berkata, pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan diselesaikan bulan ini.

Beliau berkata, penapisan ke atas calon-calon MPKK telah siap dilakukan oleh jawatankuasa penapisan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah melibatkan wakil-wakil rakyat kerajaan dan juga para pemimpin masyarakat mewakili kerajaan di setiap daerah.

Ia memerlukan sedikit masa untuk bincang calon-calon yang dikemukakan, tetapi bagi kita di KPLB pelantikan itu tidak boleh terlalu lama.
    
Penyerahan watikah pelantikan MPKK ini, kita akan adakan pada bulan ini di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan disampaikan oleh wakil rakyat di daerah masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat  kepada pegawai-pegawai daerah negeri Sabah, bertempat di Hotel Tabung Haji, di Sembulan dekat sini hari ini.

Ewon berkata, bagi jawatan ketua kampung, ia di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

"Saya fikir kelewatan pelantikan jawatan ketua-ketua kampung kerana ia juga sama seperti MPKK di mana calon-calon yang dikemukakan memerlukan penapisan.
    
Saya fikir kerana banyak sangat calon yang mahu ditapis menyebabkan kelewatan pelantikan KK, misalnya MPKK ini sekarang 13 ahli jawatankuasa penapisan, kita ada kriteria pemilihan dari segi umur, dari segi kelayakan dari segi tapisan mahkamah dan sebagainya.
    
Sama ada calon-calon yang dikemukakan itu disabit dengan kesalahan mahkamah sebelum ini atau sebaliknya. Semua  itu adalah sebahagian daripada kriteria yang mahu ditapis oleh jawatankuasa tersebut dan ini memakan masa," katanya.

Ewon berkata, beliau setuju dengan padangan rakyat dan amat memahami keluhan mereka di mana tahun ini persekolahan telahpun bermula, begitu banyak dokumen dan borang-borang memerlukan pengesahan.
    
"Sebenarnya sudah ada pelantikan Ketua Kampung di beberapa daerah dan yang lain akan disusuli dalam masa terdekat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement