Anda di sini

APMM tahan bot nelayan langgar syarat lesen tangkap ikan

Advertisement
BOT yang ditahan.
BOT yang ditahan.

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu menahan sebuah bot nelayan disyaki melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

Pegawai Operasi APMM Lahad Datu Leftenan Mohd Feerdaus Daud berkata, bot peronda APMM yang sedang membuat rondaan menahan bot itu di 1.4 batu nautika tenggara Tebah Batang kira-kira jam 9.30 malam, Khamis.

"Bot tersebut sedang leka menangkap ikan ketika dihampiri dan setelah diperiksa terdapat enam kru termasuk seorang tekong lingkungan umur 31 hingga 42 tahun warganegara Indonesia dan Pala'u.

"Tekong telah mengemukakan lesen bot, dokumen pengenalan diri dan awak-awak yang sah," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati bot tersebut melakukan aktiviti menangkap ikan kurang tiga batu nautika dari persisiran pantai.

Katanya, bot telah dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan kompaun atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

"APMM akan terus menggandakan usaha pencegahan pelanggaran Akta Perikanan 1985 di laut.

"Ianya juga bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing daripada menghantui komuniti maritim setempat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement