Anda di sini

54 warga emas terima sumbangan

Advertisement
Peter Hii bergambar bersama warga emas dan kakitangan Rumah Wargatua Sri Harapan.
Peter Hii bergambar bersama warga emas dan kakitangan Rumah Wargatua Sri Harapan.

SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada 54 orang warga emas di Rumah Wargatua Sri Harapan Sandakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sumbangan berbentuk bakul berisi makanan dan angpau disampaikan sendiri oleh Peter Hii menunjukkan sikap prihatin beliau sambil meramah mesra dengan penghuni di rumah wargatua berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan itu diharapkan dapat menceriakan penerima sumbangan sempena kedatangan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Biarpun tidak sebanyak mana sumbangan diberikan, namun diharap usaha ini dapat meringankan beban penerima bantuan dan mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain," katanya.

Peter Hii menjelaskan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik serta kaya dengan kepelbagaian.

“Merayakan hari kebesaran mengikut cara kebudayaan masing-masing sudah menjadi tradisi di mana masyarakat Melayu merayakan Hari Raya Puasa, Masyarakat India merayakan Hari Deepavali dan Masyarakat Cina merayakan Tahun Baharu Cina mengikut adat resam dan kepercayaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata sebagai warga negara Malaysia adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu orang yang memerlukan bantuan apabila tiba hari kebesaran agar mereka dapat meraikan perayaan masing-masing.

“Majlis-majlis seperti ini juga dikatakan dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan keharmonian antara satu–sama lain kerana perpaduan adalah tonggak kepada pembangunan negara,” katanya.

Seorang warga emas yang menerima sumbangan, Rukiah Ayan berumur 80-an melahirkan rasa terima kasih terhadap sikap prihatin Datuk Peter Hii yang menyampaikan sumbangan kepada mereka.

“Saya amat terharu kerana ada juga orang yang prihatin datang bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada saya dan rakan-rakan di sini,” katanya.

Beliau amat menghargai sumbangan Datuk Peter Hii dan merakamkan penghargaan terima kasih banyak-banyak.

  • oleh
  • Advertisement