Anda di sini

100 hadiri majlis tahlil, doa kesyukuran Ulang Tahun Ke-19 Bandaraya Kota Kinabalu

Advertisement
Hadirin terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta kakitangan DBKK.
Hadirin terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta kakitangan DBKK.

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-19 Bandaraya Kota Kinabalu, majlis tahlil dan doa kesyukuran telah diadakan pada Khamis malam.

Majlis disertai kira-kira 100 jemaah yang dimulakan dengan solat Maghrib itu diimamkan oleh Imam Azlan Ahmad di Dewan Mesyuarat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Antara yang hadir adalah Pembantu Menteri Perdangan dan Perindustrian Azhar Datuk Matussin, Mayor Datuk Nordin Siman, Ketua Pengarah DBKK Datuk Ir Amrullah Kamal, wakil Ketua Polis Bandaraya ASP Jaidee Kasmi, wakil Pengarah Penerangan Sabah Ahmad Fauzi Lamsin dan mantan Mayor Datuk Abd Ghani Abd Rashid serta Datuk Iliyas Ibrahim.-Penerangan

Advertisement