Anda di sini

Suami isteri terlibat dadah ditangkap

Advertisement
SUSPEK menunjukkan tempat dadah jenis syabu yang disimpan dalam kenderaan terbabit.
SUSPEK menunjukkan tempat dadah jenis syabu yang disimpan dalam kenderaan terbabit.

BEAUFORT: Sepasang suami isteri ditahan dalam satu serbuan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, kedua-dua suspek ditangkap kira-kira jam 11.50 pagi dalam sebuah kenderaan di sini kelmarin.

Katanya, suspek lelaki yang berumur 54 tahun bersama pasangannya berumur 47 tahun beralamat di Kampung Meraba dekat sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis berjaya menemukan satu paket plastik lutsinar berisi hablur dan ketulan dipercayai dadah jenis syabu yang dibalut tuala di bahagian hadapan gear kereta.

"Polis merampas dadah jenis syabu berkenaan seberat 12.84 gram dengan anggaran harga RM1,200.

"Ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis syabu manakala isterinya negatif dari sebarang pengambilan dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

  • oleh
  • Advertisement