Anda di sini

Sebuah rumah di Kg Baggiang musah terbakar

Advertisement
RUMAH yang terbakar.
RUMAH yang terbakar.

KUNAK: Sebuah rumah tidak kekal di Kampung Baggiang musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Rumah yang dikatakan kejiranannya ditinggalkan penghuninya kerana bercuti itu terbakar kira-kira jam 4 pagi.

Mujur saja kejadian itu disedari kejiranannya dan tidak merebak ke rumah yang lain.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataannya berkata kejadian itu telah dilaporkan melalui panggilan kecemasan jam 4.53 pagi.

Sebuah jentera pemadam FRT, van bantuan kecemasan EMRS dan lapan anggota diketuai Abdul Rasah Kaluang bergegas ke lokasi.

Rumah yang berkeluasan 20'x30' telah terbakar sepenuhnya dan bomba memadam kebakaran menggunakan sumber air jentera melalui satu aliran 200 kaki dua pancutan.

Operasi dilaporkan terkawal jam 5.20 pagi dan ditamatkan jam 6 pagi.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

  • oleh
  • Advertisement