Anda di sini

Penduduk rayu jalan raya dinaiktaraf

Advertisement
KEROSAKAN teruk jalan raya di Kg Lingkubungan Dua dan Kg Talantang Dua Kota Marudu amat memeritkan dan merumitkan ribuan penduduk di perkampungan itu.
KEROSAKAN teruk jalan raya di Kg Lingkubungan Dua dan Kg Talantang Dua Kota Marudu amat memeritkan dan merumitkan ribuan penduduk di perkampungan itu.

KOTA MARUDU: Lebih 1,000 penduduk di beberapa perkampungan di sini merayu kerajaan supaya bertindak menaik taraf jalan raya sejauh 2.5 kilometer yang kini mengalami kerosakan serius demi kemudahan, keselesaan dan keselamatan penduduk.

Keperluan itu termasuklah pemasangan kalbut di dua anak sungai berhampiran Kampung Lingkubungan Dua dan juga pembinaan sistem perparitan yang lebih sempurna.
Menurut penduduk, jalan raya yang dibina sejak puluhan tahun itu tidak pernah dinaik taraf sehingga hari ini dan keadaannya amat teruk, lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.

Jalan raya itu merupakan laluan utama para penduduk untuk menghantar atau memasarkan hasil pertanian ke pekan Kota Marudu, selain laluan kanak-kanak ke sekolah berhampiran.

Ketua cawangan Warisan Kg Lingkubungan Dua Rajis Petrus dan Ketua Cawangan Warisan Kg Talantang Dua Kota Marudu Janikius Masikul mewakili kampung masing-masing mengemukakan permohonan dan rayuan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menaik taraf jalan berkenaan yang dianggarkan menelan kos RM500 ribu.

Menurut Rajis, permohonan mengenai perkara itu telah mendapat pengesahan daripada Ketua Bahagian merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan Tandek Dato’ Baintin @Abdul Ahlim dan Pegawai Daerah Kota Marudu serta pihak pejabat Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Sementara itu, Janikius turut memaklumkan surat permohonan peruntukan pembaikan jalan berjumlah RM1.8 juta telahpun dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan surat itu diserahkan kepada Presiden Momogun Sabah Nurjaffar Inggis di rumah kediamannya di Seksyen 12 Shah Alam Selangor baru-baru ini untuk disampaikan kepada pihak Kementerian Kewangan.

  • oleh
  • Advertisement