Anda di sini

Kes kemalangan di Ranau meningkat

Advertisement
SHSHRUL memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal.
SHSHRUL memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal.

RANAU: Kes kemalangan jalan raya di daerah ini tahun lalu meningkat 17 kes kepada 378 kes berbanding 361 kes pada tahun 2017.

Ketua Polis Daerah (KPD) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau DSP Mohd Shahrul Haji Abd Wahab berkata dalam tempoh sama, kes kemalangan maut yang merekodkan lima kes pada 2017, turut meningkat 19 kes sepanjang tahun 2018.

Katanya, jumlah saman yang dikeluarkan kepada para pesalah lalu lintas atas pelbagai kesalahan juga meningkat sebanyak 1,197 keping saman kepada 6,775 saman pada 2018 berbanding hanya 5,578 keping saman pada tahun sebelumnya (2017).

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Ops Selamat peringkat IPD Ranau sempena sambutan tahun baharu Cina 2019, di Jalan Stesen Minyak Petronas Kilimu, di sini hari ini.

Menurutnya, Op Selamat yang dilaksanakan pihak pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara bukti, komitmen dan keseriusan pihak polis untuk mendidik, memupuk kesedaran serta memberikan peringatan kepada para pengguna jalan raya khususnya para pemandu kenderaan demi keselamatan.

Beliau menegaskan, para memandu hendaklah sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi undang-undang di jalan raya agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Justeru katanya, setiap kali ada perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain perayaan, pihak PDRM akan menjalankan Op Selamat bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai khasnya para pengguna jalan raya dan masyarakat umum keseluruhannya.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan kesesakan di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan, sekali gus mendidik orang ramai khususnya pemilik atau pemandu kenderaan supaya sentiasa membudayakan pemanduan berhemah.

“Usaha murni ini harus diberi sokongan dan kerjasama bersepadu semua pihak bagi mengurangkan kes kemalangan di jalan raya yang seringkali berlaku semasa sesuatu perayaan.

“Itulah sebenarnya antara tujuan kita mengadakan Op Selamat seperti ini, setiap kali sambutan perayaan,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement