Anda di sini

Kekuatan Warisan di Tongod semakin kukuh

Advertisement
MASIUNG bersama pemimpin setempat dan ahli parti pada Program Ramah Mesra Siri Jelajah Bersama Adun Kuamut.
MASIUNG bersama pemimpin setempat dan ahli parti pada Program Ramah Mesra Siri Jelajah Bersama Adun Kuamut.

KINABATANGAN: Kekuatan Parti Warisan Sabah (Warisan) di Tongod semakin kukuh apabila ramai mengikut jejak langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah untuk menyertai parti itu.

Terbaharu, seramai 176 ahli dari cawangan-cawangan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sogo-Sogo telah menyertai Warisan.

Kemasukan secara beramai-ramai itu diketuai oleh Henly Jumali Ramidin selaku Ketua Penaja Cawangan Warisan Kampung Sogo-Sogo dan Laising Podok selaku Ketua Penaja Cawangan Warisan Kampung Tongodon.

Penyerahan borang keahlian untuk menyertai parti itu telah diserahkan kepada Masiung pada Program Ramah Mesra Siri Jelajah Bersama Adun Kuamut hari ini.

Masiung dalam ucapannya berkata kemasukan secara beramai-ramai itu jelas menunjukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Warisan sebagai parti pemerintah semakin tinggi.

Oleh itu, beliau mengingatkan kepada ahli parti agar sentiasa bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain demi memperkukuhkan kekuatan Warisan di kawasan Tongod.

  • oleh
  • Advertisement