Anda di sini

Jana pendapatan melalui perniagaan

Advertisement
RAHMAN (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain selepas memotong riben bunting sempena majlis itu.
RAHMAN (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain selepas memotong riben bunting sempena majlis itu.

KOTA KINABALU : Bidang perniagaan menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan berbanding bekerja makan gaji.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Abdul Rahman Yakub berkata, melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara konsisten dilihat berupaya menjana pendapatan yang lebih baik.

"Berusaha bersunguh-sungguh dalam perniagaan. Nescaya, ianya mampu menjana pendapatan yang lebih besar berbanding bekerja sebagai kakitangan kerajaan, " katanya ketikanya berucap merasmikan Penutupan Program Keusahawanan Biznez Talk Sabah 2019 di salah sebuah hotel dekat sini, baru-baru ini.

Program keusahawanan tersebut anjuran AHBA Niaga Sdn Bhd dengan kerjasama Kaysa Resources dan Tiram Studio Sdn Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahman berkata, golongan muda seharusnya digalakan menceburi bidang perniagaan.

Katanya, galakan ke arah perniagaan adalah penting kerana ia sekaligus mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam memandangkan ketika ini bilangan penjawat awam agak ramai.

"Jangan terlalu bergantung untuk bekerja dengan kerajaan. Sebenarnya ramai yang berpotensi untuk membuka perniagaan. Usaha melebarkan usahawan ini telah banyak dipraktikan di negara-negara luar, dan hakikatnya, negara tersebut semakin maju, " katanya.

Tambah Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Sabah, dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kerajaan adalah penting bagi Malaysia untuk mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awamnya

"Negara kini sedang memasuki era baru yang mana generasi baru Malaysia tidak sepatutnya bergantung kepada kerajaan untuk pekerjaan. Ambillah peluang dalam perniagaan dan keusahawanan, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement