Anda di sini

Haqiem Rusli raih tiga anugerah EDMA 2018

Advertisement
 Gambar kumpulan bersama keluarga jenama Era dan Deeja Cosmetic pada malam kemuncak EDMA 2108 baru-baru ini.
EDMA 2018: Gambar kumpulan bersama keluarga jenama Era dan Deeja Cosmetic pada malam kemuncak EDMA 2108 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haqiem Rusli berjaya membawa pulang tiga anugerah pada malam ERA Digital Music Awards (EDMA 2018) yang diadakan baru-baru ini.

Beliau memenangi angerah bagi kategori Lagu Paling Viral, Temubual Terbaik Carta Era dan juga Penyanyi Kolaborasi Terbaik menerusi lagu ‘Jatuh Bangun’ bersama penyanyi Aman Ra, menurut kenyataan Astro di sini.

Satu lagi keistimewaan EDMA 2018 ialah pemberian penghargaan Era kepada tokoh industri muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, atas sumbangannya yang mewarnai industri hiburan tanah air untuk lebih dua dekad.

 Pihak Era turut memberi penghargaan kepada Siti Nurhaliza atas sumbangannya yang mewarnai industri hiburan tanah air untuk lebih dua dekad.
TERUS DIIKTIRAF: Pihak Era turut memberi penghargaan kepada Siti Nurhaliza atas sumbangannya yang mewarnai industri hiburan tanah air untuk lebih dua dekad.

Siti Nurhaliza turut menyampaikan lagu dari single terbaharu beliau ‘Anta Permana pada malam kemuncak EDMA 2018 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad.

Acara yang berlangsung di Galaxy Banquet Sentul Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh radio ERA dan Deeja Cosmetic mengumumkan pemenang-pemenang setiap 7 kategori yang dipertandingkan.

MENANG BESAR: Haqiem Rusli rangkul tiga anugerah EDMA 2018.

Selain persembahan oleh Siti Nurhaliza, pentas EDMA 2018 turut dihangatkan oleh persembahan artis popular tanah air seperti Akim & The Majistret, Ara Johari, Ismail Izzani, One Avenue Band dan Ben Laden.

EDMA 2018 telah disiarkan secara langsung di laman Facebook ERA (www.facebook.com/era.je) dan Deeja Cosmetic. — Bernama

Senarai pemenang EDMA 2018

LAGU PALING VIRAL
Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

MUZIK VIDEO PALING LIT
Kau Takkan Tahu (Zizan Razak)

PENYANYI KOLABORASI TERBAIK
Haqiem Rusli dan Aman Ra (Jatuh Bangun)

PENYANYI PALING LIT DI MEDIA SOSIAL 
Khai Bahar

TEMUBUAL TERBAIK CARTA ERA
Haqiem Rusli

PENYANYI PILIHAN DEEJA
Ariff Bahran

LAGU PALING LAMA DALAM CARTA ERA 40
 Sesungguhnya Aku (Alif Satar)

ANUGERAH KHAS EDMA 2018
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Advertisement