Anda di sini

Christina dijemput rasmi Festival Flora, Tanglung Tahun Baharu Cina

Advertisement
CHRISTINA (empat kanan), William (empat kiri) dan Pan (tiga kanan) menunjukkan poster yang digunakan mempromosi program berkenaan.
CHRISTINA (empat kanan), William (empat kiri) dan Pan (tiga kanan) menunjukkan poster yang digunakan mempromosi program berkenaan.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dijemput untuk merasmikan Festival Flora dan Tanglung Tahun Baharu Cina Fo Guang Shan Sabah 2019 pada 3 Februari depan.

Satu delegasi dari Fo Guang Shan Malaysia (Sabah) diketuai Ketua Pegawai Perhubungan Pan Lee Chan menyampaikan jemputan itu kepada Christina ketika dalam satu kunjungan hormat pada Selasa.

Ketika dalam taklimat, Pan menjelaskan kepada Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bahawa festival itu akan tamat pada 17 Februari.

Katanya, pada 4 dan 5 Februari, pihak penganjur akan mengadakan Program Dharma Tahun Baharu Cina untuk menyampaikan ajaran Buddha kepada penganutnya.

Turut kelihatan ketika kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar William Baya dan Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah Ebony Loong.

  • oleh
  • Advertisement