Anda di sini

Bomba selamatkan kanak-kanak tersepit di saluran najis

Advertisement
ANGGOTA bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit.
ANGGOTA bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit.

TAWAU : Seorang kanak-kanak mengalami detik cemas selepas tersangkut di saluran paip pembentungan najis Taman PPR Sri Titingan, di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, bilik kawalan BBP Tawau telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi lalu menggerakkan lapan anggota diketuai PBK II Roslie Suyut bersama dua buah jentera.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati seorang kanak-kanak telah  tersepit di saluran paip najis ketika sedang bermain di tangga Blok E tingkat 4 perumahan berkenaan.  

Pasukan bomba bertindak merenggangkan saluran paip berkenaan dengan menggunakan hydraulic spreader cutter dan berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut dengan selamat. 

Operasi tamat pada jam 8.52 pagi dan kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

  • oleh
  • Advertisement