Anda di sini

64 tangkapan kes judi di Papar

Advertisement
BATHOLOMEW (dua dari kiri) dan pegawai polis yang lain menunjukkan barang rampasan melibatkan kegiatan judi di daerah Papar.
BATHOLOMEW (dua dari kiri) dan pegawai polis yang lain menunjukkan barang rampasan melibatkan kegiatan judi di daerah Papar.

PAPAR: Sepanjang 2018, seramai 64 individu ditahan membabitkan 50 serbuan kegiatan perjudian di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun.

Menurutnya, kebanyakan yang ditahan terdiri daripada penjaga kedai dan juga penganggur.

"Jumlah rampasan melibatkan 60 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 34 mesin pencetak dan wang tunai berjumlah RM21,009," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di sini hari ini.

Batholomew berkata, kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 4B (a), Seksyen 4 (1)(c) dan Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Selain itu, katanya, seramai 782 individu termasuk lapan penjawat awam dan empat pelajar ditangkap terlibat dengan kesalahan dadah.

Secara keseluruhan, pihaknya merampas dadah jenis syabu seberat 441.6 gram dan ganja seberat 10.83 gram.

"Seramai 606 tangkapan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a), 114 orang mengikut Seksyen 12 (2), 32 orang mengikut Seksyen 39A (1), masing-masing dua orang bagi Seksyen 39B, Seksyen 6, dan Seksyen 3 (1), manakala seorang mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

  • oleh
  • Advertisement