Anda di sini

Dua sekolah digenangi banjir masih ditutup

Advertisement
KEADAAN SK Sualok yang masih digenangi banjir.
KEADAAN SK Sualok yang masih digenangi banjir.

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengesahkan dua sekolah masih ditutup berikutan kawasan sekolah yang masih ditakungi banjir.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin berkata dua sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok dan SK Binsulug.

“Sekolah mengikut pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu membabitkan 432 keseluruhan murid dengan 27 guru dan tiada laporan penutupan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan masih terdapat 135 mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Paitan.

Jurucakap APM berkata pecahan mangsa termasuklah 60 mangsa di PPS Dewan Kampung Binsulug, 34 di PPS SK Pamol dan 41 di PPS Dewan Kampung Sungai-Sungai.

Katanya enam kampung termasuk Tolungan Pamol, Binsulug, Dompiran, Simangan, Sungai-Sungai dan Abuan masih dinaiki air.

“Jalan Sandakan-Paitan yang terputus banjir kini sudah boleh dilalui oleh kenderaan besar sahaja,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement