Anda di sini

Cubaan seludup rumpai laut, ikan todak kering gagal

Advertisement
KESEMUA rampasan dan tangkapan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna.
KESEMUA rampasan dan tangkapan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna.

SEMPORNA: Seorang juragan yang mengaku cuba menyeludup rumpai laut kering dan ikan todak kering ke negara jiran ditangkap di perairan Pulau Pom-Pom di sini pada Isnin.

Penangkapan terhadap suspek, 48, itu dilakukan dalam Operasi Gelora oleh sepasukan anggota Botronda PSC 9 Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, kira-kira jam 1.50 petang.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, sebanyak 1,200 kg rumpai laut kering dan 5,000 kg ikan todak kering dirampas dari perahu suspek terbabit.

"Suspek dan perahunya dikesan semasa berada kira-kira 2 batu nautika dari sempadan antarabangsa Malaysia-Filipina," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata turut dirampas, perahu serta enjin sangkut jenama Yamaha berkapasiti 33 kuasa kuda, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM45,100.

Menurutnya, penahanan tangkapan dan kesemua rampasan terbabit dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985, serta dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement