Anda di sini

Ziarah Cakna untuk semua pelajar

Advertisement
AMIN (tiga dari kiri) dan Mistirine (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas acara perasmian.
AMIN (tiga dari kiri) dan Mistirine (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas acara perasmian.

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Malaysia kini mengembangkan Program Ziarah Cakna kepada semua pelajar dan tidak hanya tumpu mereka yang bermasalah sahaja.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin berkata, sebelum ini program seumpamanya sudah diadakan tetapi hanya memberikan fokus kepada pelajar yang bermasalah sahaja.

"Kali ini, kita kembangkan program ini kepada pelajar yang memberikan sumbangan kejayaan kepada sekolah.

"Usaha ini dilakukan untuk mengurangkan stigma yang memikirkan bahawa lawatan itu selalunya hanya kepada pelajar bermasalah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata, cara pelaksanaan program itu terpulang kepada sekolah masing-masing memandangkan kementerian tidak meletakkan sebarang petunjuk prestasi utama (KPI).

Jelasnya, perkara yang penting adalah sekolah perlu melaksanakannya bagi merapatkan hubungan ibu bapa dengan kementerian dan hargai mereka dalam usaha membantu sekolah.

"Jumlah pelajar dan murid hadir ke sekolah untuk seluruh negara adalah pada kadar lebih daripada 95 peratus...ini adalah jumlah yang sangat tinggi dan baik.

"Tetapi kita juga akan melihat kepada baki peratusan itu dan lawatan menerusi program ini juga salah satu caranya," katanya.

Sementara itu, Amin juga menjelaskan program itu dilancarkan serentak di seluruh negara dan ia disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin.

  • oleh
  • Advertisement