Anda di sini

Warga emas hilang ditemukan selamat

Advertisement
PASUKAN bomba berjaya menemukan Ontok (tengah) yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan.
PASUKAN bomba berjaya menemukan Ontok (tengah) yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan.

KUDAT: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan berjaya ditemukan dalam keadaan selamat.

Mangsa Ontok Jamal, 64, dilaporkan hilang di kawasan hutan bakau Kampung Lajong Kobibi dekat sini kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dan menemui mangsa pada jam 6.17 pagi tadi.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarganya dan operasi SAR tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

  • oleh
  • Advertisement