Anda di sini

Tujuh sekolah ditutup akibat banjir

Advertisement
MISTIRINE RADIN
MISTIRINE RADIN

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh buah sekolah melibatkan enam sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah ditutup hari ini akibat banjir.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin berkata, penutupan berkenaan membabitkan seramai 1,989 murid secara keseluruhan dan seramai 173 guru.

Menurutnya, murid sekolah rendah yang terlibat seramai 1,271 orang manakala 718 lagi murid sekolah menengah.

Katanya, empat sekolah rendah yang ditutup bagi kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Labuk Sugut termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok, SK Binsulung, SK Sungai-Sungai, dan SK Tampat.

"Bagi kawasan PPD Pitas, tiga sekolah yang ditutup adalah SK Sosop, SK Kusilad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II.

"Kebanyakan sekolah yang terjejas ini masih ditakungi air dan banjir di laluan menuju ke sekolah juga belum surut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga buah sekolah masih dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu SK Pamol Sugut, SK Ranau Kota Marudu dan SK Pekan Pitas II Pitas.

  • oleh
  • Advertisement