KOTA KINABALU: Hanya tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah kecil Paitan masih dibuka berikutan banjir yang belum surut.
Setakat jam 6 petang tadi, seramai 134 mangsa banjir dari 33 keluarga masih ditempatkan di Dewan Kampung Binsulung, Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol dan Dewan Kampung Sungai-Sungai Paitan.
Banjir di kawasan berkenaan menjejaskan enam kampung di Paitan manakala laluan yang terputus Jalan Sandakan-Paitan boleh dilalui kenderaan besar.
Kawasan perkampungan yang masih terjejas banjir termasuklah Kampung Tolungan Pamol, Binsulung, Dompiran, Simangan, Sungai-Sungai dan Abuan.
Sebanyak 13 PPS ditutup sejak Ahad termasuklah di Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Sipitang dan Kudat.