Anda di sini

Motivasi membina minda dan akhlak tahfiz

Advertisement
KENANAGAN bersama pelajar tahfiz, Pengerusi Madrasah Haji Ismail Haji Palil (duduk, dua kanan) dan perunding motivasi Cr. Haji Mohd Mokhtar Imam Haji Nor.
KENANAGAN bersama pelajar tahfiz, Pengerusi Madrasah Haji Ismail Haji Palil (duduk, dua kanan) dan perunding motivasi Cr. Haji Mohd Mokhtar Imam Haji Nor.

SIPITANG: Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Darul Furqan Sipitang dan MBK Dynamic Consultant telah bekerjasama dalam menganjurkan Program Motivasi 'Membangun Minda Dan Akhlak' khusus untuk pelajar madrasah Maahad Tahfiz Sipitang. 

Kerjasama yang julung kali diadakan ini telah disertai seramai 19 orang pelajar dan dihadiri oleh  keluarga pelajar. 

HAJI Mohd Mokhtar semasa membimbing Program Motivasi Membangun Minda Dan Akhlak.
HAJI Mohd Mokhtar semasa membimbing Program Motivasi Membangun Minda Dan Akhlak.

Antara objektif program ini adalah untuk membolehkan para peserta mengenalpasti potensi diri, mempelajari teknik pengurusan kuasa minda, fokas, emosi, semangat diri dan tindakan yang lebih berkesan dan membina matlamat diri.

Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang teknik belajar dan menghafal al-Quran yang efektif bagi menghadapi peperiksaan dalam hafazan al-Quran. 

Sepanjang program ini dijalankan, aktiviti kerohanian juga turut diberi penekanan kepada semua peserta agar aspek spiritual tidak diabaikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar tahfiz.

HAJI Mohd Mokhtar tunjuk ajar kepada peserta tahfiz.
HAJI Mohd Mokhtar tunjuk ajar kepada peserta tahfiz.

Pengerusi Madrasah Haji Ismail Haji Palil berkata, untuk menjadi seorang tahfiz al-Quran ini bukan mudah.

"Sekiranya pelajar tidak mengimbangi minda, fokas dan emosi,  ia akan menganggu semangat diri dan pembelajaran hafalan al-Quran.

SALAH seorang pelajar memeluk ibunya setelah program.
SALAH seorang pelajar memeluk ibunya setelah program.

Menurut beliau, program motivasi ini menambahkan kepercayaan pada diri pelajar bahawa mereka mampu menguasai minda dan emosi menjadi diri lebih baik dalam penyesuaian pembelajaran dengan cemerlang. 

Penceramah motivasi ini disampaikan Cr. Haji Mohd Mokhtar Imam Haji Nor, Perunding Motivasi MBK Dynamik Consultant.or.

Advertisement