Anda di sini

Mel Dequanne dinobat Miss Grand Penampang 2019

Advertisement
Mel Dequanne (tiga dari kiri), Ivy Charlotie (dua dari kiri), Velma Eve (tiga dari kanan), Tatiana (dua dari kanan) serta Cheara dan Jacquline.
Mel Dequanne (tiga dari kiri), Ivy Charlotie (dua dari kiri), Velma Eve (tiga dari kanan), Tatiana (dua dari kanan) serta Cheara dan Jacquline.

PENAMPANG: Mel Dequanne Abar dimahkotakan sebagai Miss Grand Penampang 2019, mengalahkan 14 peserta lain di Pusat Teknologi dan Komersil Antarabangsa (ITCC), di sini pada Sabtu.

Mel berusia 19 tahun membawa pulang hadiah bernilai RM30,000, termasuk wang tunai RM3,000, mahkota, selempang dan barangan lain yang ditaja.

Di tempat kedua ialah Ivy Charlotie Fredoline yang menerima hadiah bernilai RM20,000, termasuk wang tunai RM2,000 dan mahkota.  

Tempat ketiga dimenangi Velma Eve Victorianus Golingai. Velma juga dipilih sebagai pemenang Miss Popular dan Advokasi Terbaik manakala tempat keempat dimenangi Tatiana Rudolf.

Mel dan Ivy bersama Velma serta Tatiana dan dua lagi peserta layak wildcard, Cheara Francis dan Jacquline Ronald, akan bertanding di Miss Grand Sabah 2019 yang akan diadakan pada Mac tahun ini.

Advertisement