Anda di sini

Buat rondaan di kawasan berisiko tinggi sempena perayaan

Advertisement
Stephen berbincang dengan Azhar (tengah) dan ASP Sharanjiet Singh a/l Atar Singh
Stephen berbincang dengan Azhar (tengah) dan ASP Sharanjiet Singh a/l Atar Singh

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteran Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meminta polis Sandakan agar membuat rondaan lebih kerap di kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata, jika rondaan secara kerap dapat mengelak berlaku jenayah terutamanya pada musim sambutan Tahun Baharu Cina.

"Taman-taman perumahan juga perlu diberi tumpuan rondaan bagi pencegahan jenayah," katanya.

Stephen juga meminta masyarakat agar sentiasa bekerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam usaha pencegahan jenayah di sekitar kawasan mereka.

Beliau sebelum itu telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, hari ini.

Beliau juga telah menyampaikan sumbangan limau mandarin untuk diagihkan kepada anggota bertugas.

  • oleh
  • Advertisement