Anda di sini

Bayaran balik IPG selesai akhir bulan ini

Advertisement
Junz (empat dari kiri) mempengerusikan mesyuarat antara pegawai dari Kementerian Industri Utama, KPIM, LGM dan LIGS.
Junz (empat dari kiri) mempengerusikan mesyuarat antara pegawai dari Kementerian Industri Utama, KPIM, LGM dan LIGS.

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, pembayaran balik bagi insentif pengeluaran getah (IPG) akan diselesaikan pada akhir bulan ini.

Katanya, sebanyak RM15 juta akan dikeluarkan oleh Kementerian Industri Utama (KIU) dan ia akan memberi manfaat kepada 20,000 pekebun kecil getah di Sabah.

"Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) menerima bayaran balik insentif pengeluaran getah (IPG) daripada Kementerian Industri Utama bagi tempoh Mei hingga November tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Junz juga mengarahkan pengeluaran segera pembayaran balik IPG sebanyak RM15 juta disediakan untuk 20,000 pekebun kecil getah tanpa kelewatan lanjut.

IPG telah disah akan dikeluarkan kepada pekebun kecil getah mulai 30 Januari.

"Bagi Disember 2018, Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang menunggu kelulusan daripada ketua setiausaha Kementerian Industri Utama," katanya.

Junz mempengerusikan mesyuarat antara pegawai dari Kementerian Industri Utama, KPIM, LGM dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pada 15 Januari lepas, bagi menyelesaikan bayaran balik IPG untuk pekebun kecil getah di Sabah.

Beliau juga menggesa penyelarasan yang lebih baik antara semua agensi di negeri ini atau Persekutuan untuk terus memberikan yang terbaik kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Sabah.

Advertisement