Anda di sini

15 PPS di tiga daerah masih beroperasi

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah masih dibuka pagi ini bagi menempatkan seramai 2,141 mangsa banjir dari 542 keluarga.

Laporan terkini dari Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Sabah menunjukkan sebanyak 10 PPS di Kota Marudu, tiga di Paitan dan dua di Pitas masih beroperasi.

Seramai 655 mangsa dari 188 keluarga dibenarkan pulang selepas penutupan lima PPS di Kota Belud, Sipitang dan Kudat kelmarin.

Jumlah mangsa di Kota Marudu menunjukkan penurunan melibatkan seramai 1,990 mangsa dari 504 keluarga yang masih ditempatkan di PPS.

Bagi daerah Paitan dan Pitas, jumlah mangsa di PPS masih kekal iaitu seramai 124 orang di Paitan dan 27 orang di Pitas.

  • oleh
  • Advertisement