Anda di sini

Andy Jong kembali terajui NSJA

Advertisement
 Lantikan baharu Exco NSJA bagi sesi 2019-2020.
WAJAH BAHARU: Lantikan baharu Exco NSJA bagi sesi 2019-2020.

ANDY Jong Wan Joon mendapat kepercayaan penuh dilantik semula menjawat jawatan Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) bagi tahun 2019-2020.

Perlantikan itu diputuskan menerusi undian sebulat suara ahli-ahli dalam pemilihan semula exco pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di sebuah hotel di Miri, kelmarin.

AGM itu turut mengesahkan wartawan Utusan Borneo Rosemaria Buma sebagai Timbalan Presiden NSJA.

Sementara itu, wartawan The Borneo Post Zaheera Johari dan Cindy Lai masing-masing dilantik sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha.

Andy Jong yang merupakan wartawan Sin Chew Daily dalam ucapan penutup AGM berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang memberi kepercayaan sekali lagi kepadanya untuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden bagi tempoh dua tahun.

Dalam mesyuarat itu, Setiausaha NSJA bagi sesi 2017-2018 telah membentangkan senarai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2018, manakala Bendahari pula membentangkan kewangan dan belanjawan persatuan sehingga tahun berakhir 31 Disember 2018.

Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk perhatian dan persetujuan ahli-ahli antaranya ialah untuk menaikkan insentif pemeriksaan kesihatan daripada RM100 kepada RM200

Mesyuarat yang diadakan bermula jam 9.35 pagi itu dihadiri 38 ahli dari pelbagai agensi media di sini.

  • oleh
  • Advertisement