Anda di sini

Tahap kesedaran masyarakat mengenai barah masih rendah

Advertisement
 JAMAWI (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur program itu.
JAMAWI (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur program itu.

KEMABONG: Masyarakat perlu terus dididik dan didedahkan mengenai bahaya kanser khususnya kanser payu dara yang banyak meragut nyawa rakyat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya wanita khususnya di kawasan luar bandar masih rendah.

Ia kerana, katanya, sebahagian mereka tidak mendapat maklumat walaupun dalam dunia semasa yang mana maklumat mudah diperolehi di hujung jari.

"Tidak semua rakyat boleh mendapat maklumat melalui internet atau media cetak khususnya di luar bandar, justeru usaha berterusan melalui pelbagai cara seperti kempen kesedaran perlu dilakukan bagi mendidik orang ramai mengenai tanda-tanda awal kanser supaya mereka mampu berwaspada," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran Kanser anjuran Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah di Dewan Terbuka Dataran Kemabong.

Hadir sama ialah Pengerusi Penganjur Mary Sipaji serta pemimpin masyarakat tempatan.

  • oleh
  • Advertisement