Anda di sini

Mengubah dunia dengan cara Southampton

Advertisement
 Graduan di kampus UK meraikan kejayaan mereka selepas majlis konvokesyen yang gemilang.
RAI KEJAYAAN: Graduan di kampus UK meraikan kejayaan mereka selepas majlis konvokesyen yang gemilang.
 Shivank Sharma kini bekerja bersama Deloitte di UK selepas beliau lulus dengan Ijazah Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal dari Universiti Southampton.
CEMERLANG: Shivank Sharma kini bekerja bersama Deloitte di UK selepas beliau lulus dengan Ijazah Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal dari Universiti Southampton.
 Nisbah pelajar pensyarah yang rendah di Universiti Southampton Malaysia menyediakan laluan yang cemerlang untuk mengenali dan meningkatkan diri.
KONDUSIF: Nisbah pelajar pensyarah yang rendah di Universiti Southampton Malaysia menyediakan laluan yang cemerlang untuk mengenali dan meningkatkan diri.
 Universiti Southampton Malaysia terletak di Johor dalam hab pendidikan yang moden, Educity Iskandar.
LUBUK ILMU: Universiti Southampton Malaysia terletak di Johor dalam hab pendidikan yang moden, Educity Iskandar.

HAMPIR lima tahun lalu, Shivank Sharma merentasi benua dari kampung halamannya di India untuk datang ke Malaysia.

Shivank memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar di Universiti Southampton Malaysia (UoSM).

Beliau telah mendaftar diri untuk program Ijazah Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal dan beliau ingat bagaimana beliau rasa gelisah tentang pemindahan ke Malaysia.

Bagaimanapun, tidak lama dia kemudian menyedari bahawa peralihan berjalan lancar disebabkan kakitangan dan pensyarah yang mesra dan suka membantu, selepas beliau berada di bawah naungan mereka.

Dalam masa yang singkat sahaja, Shivank mendapati dirinya begitu asyik sekali dengan pengalaman pembelajaran yang menakjubkan.

Pada hari ini, beliau bekerja sebagai seorang Perunding Sains Data di Risk Analytics dari Deloitte di United Kingdom (UK).

Universiti Southampton merupakan sebuah universiti kelas dunia dari Britain yang diiktiraf sebagai antara 100 buah universiti terkemuka di dunia oleh ‘QS World University Rankings, 2019’.

Dengan sejarah kaya yang menjangkau 150 tahun, universiti itu sudah menyaksikan lebih 200,000 graduan mencapai impian mereka.

Kampus Malaysia terletak di kompleks moden Educity Iskandar diJohor. Dengan lebih 92 peratus pelajar yang memperolehi pekerjaan atau mendaftar diri untuk melanjutkan pengajian dalam masa enam bulan selepas graduasi, kisah kejayaan seperti kisah Shivank bukannya sesuatu yang tidak pernah didengari.

Jeremy Fong yang kini bekerja sebagai Jurutera Kawalan bersama Rolls Royce di UK mengingati peranan penting yang dimainkan oleh Universiti Southampton dalam permohonannya.

“Saya mengetahui tentang Rolls-Royce menerusi Pameran IT, Sains dan Kejuruteraan yang diadakan oleh Jabatan Karier dan Kebolehkerjaan universiti. Selain itu, kurikulum vitae saya diteliti oleh seorang pengamal di khidmat ‘drop-in’ universiti dan menghadiri pusat penilaian olok-olok untuk membantu saya dalam persiapan bagi pusat penilaian Rolls-Royce.”

Jeremy mengambil jurusan Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dan lulus pada 2016.

Seperti Shivank, Jeremy menghabiskan dua tahun pertama dalam pengajian ijazahnya di Universiti Southampton Malaysia sebelum dia menyiapkan dua tahun lagi di UK.

Program UoSM dijalankan berdasarkan 2+2 di mana pelajar memperolehi pendidikan British yang terbaik dengan hanya 60 peratus daripada kos.

Stephanie Sook Fung Teow, yang turut lulus dengan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal, berkata: “Saya memilih UoSM kerana ia berpatutan jika dibandingkan dengan kemasukan langsung ke kampus UK. Selain itu, UoSM menyediakan kualiti pendidikan yang sama dengan di UK. Akhir sekali, nisbah pelajar guru juga amat bagus sekali.”

Stephanie yang merupakan seorang Jurutera Reka Bentuk bagi CCW Associates Pte Ltd di Singapura, dengan seronok menceritakan bagaimana budaya dan persekitaran di kedua-dua kampus berkenaan begitu sama sekali.

Malah, menyesuaikan diri adalah begitu mudah sekali baginya sehinggakan dia menamatkan pengajian dalam kelompok 10 peratus pelajar paling cemerlang.

Universiti Southampton Malaysia menawarkan pelbagai program kejuruteraan termasuk Tahun Asas Kejuruteraan, Ijazah Aeronautik dan Astronautik, Ijazah Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal dan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal.

Setiap program mahasiswa menawarkan pelbagai pengkhususan yang direka untuk memenuhi permintaan dalam pelbagai industri dan trend bagi pembangunan pada masa depan.

Untuk menyertai kumpulan graduan yang berjaya ini dan tahu lebih lanjut tentang program dan biasiswa UoSM, kunjungi1lah kampusnya pada hari terbuka, 26 Januari.

Permohonan bagi semua program adalah percuma, maka ini adalah peluang untuk mengalami pendidikan yang lain daripada yang lain.

Hubungi 075602560 atau layari www.southampton.edu.my untuk maklumat lanjut.

Advertisement