Anda di sini

SUV terhumban dalam laut ditemui

Advertisement
 Operasi mencari sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM 4 Jambatan Pulau Pinang dekat George Town kelmarin berhenti pada 7 malam semalam. — Gambar Bernama
USAHA MENCARI: Operasi mencari sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM 4 Jambatan Pulau Pinang dekat George Town kelmarin berhenti pada 7 malam semalam. — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang telah berjaya ditemukan kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kenderaan itu berjaya ditemukan di kedalaman kira-kira 15 meter di kawasan Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang oleh pasukan penyelam.

“Kereta itu ditemukan berhampiran tiang 34 Jambatan Pulau Pinang, pasukan penyelam akan turun sekali lagi ke lokasi penemuan kereta itu bagi melihat keadaan sebenar kenderaan dan pemandu berkenaan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata usaha membawa naik kereta itu sedang dijalankan dan mungkin mengambil masa.

“Kereta itu akan diapungkan sebelum dinaikkan menggunakan kren menerusi Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

Dalam kemalangan jam 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan SUV terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal pagi kelmarin. — Bernama

Advertisement