Anda di sini

Sports Toto Malaysia santuni 150 penerima yang memerlukan

Advertisement
 Tee (kiri) menyampaikan sumbangan angpau kepada salah seorang penerima di premis Sport Toto Taman Bumiko semalam.
TIDAK DILUPAKAN: Tee (kiri) menyampaikan sumbangan angpau kepada salah seorang penerima di premis Sport Toto Taman Bumiko semalam.

MIRI: Sports Toto Malaysia Sdn Bhd mengagihkan sumbangan angpau dan hamper mini kepada 150 penerima daripada golongan yang memerlukan sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Penyerahan sumbangan disempurnakan Penolong Pengurus Sports Toto Malaysia Sdn Bhd Tee Kim Liang di premis Taman Bumiko semalam.

Menurunya, pengagihan sumbangan itu adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sports Toto Malaysia Sdn Bhd.

Tee berkata, Miri adalah salah satu daripada 50 lokasi terpilih setiap tahun dan sumbangan diagihkan kepada warga emas memerlukan berusia 60 tahun ke atas.

Kempen Derma Angpau Tahun Baharu Cina (TBC) Sports Toto 2019 bermula 17 Januari hingga 21 Januari.

Dalam memenuhi CSR, syarikat itu menyumbang semula kepada masyarakat.

Kempen berkenaan memberi manfaat kepada warga emas memerlukan terutama pada masa mencabar dengan peningkatan kos sara hidup.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd menyumbang sejumlah lebih RM21 juta untuk program itu di seluruh negara yang telah memberi manfaat kepada kira-kira 391,000 orang sejak diperkenalkan pada 1988.

Pada tahun ini, lebih 18,000 warga emas terpilih menerima sumbangan itu di seluruh negara.

Selain TBC, Sport Toto juga telah menyumbang dana secara tahunan kepada Lembaga Sukan Negara dan kegiatan sukan anjuran persatuan tempatan.

Ia sebagai tanda sokongan moral syarikat itu dalam pembangunan sukan dan bakat di negara ini.

Advertisement