Anda di sini

Southgate tidak minat ganti Mourinho di United

Advertisement

LONDON, England: Gareth Southgate menegaskan Ahad lepas di mana tugas beliau sebagai jurulatih kebangsaan England masih jauh dari selesai ketika menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai minat untuk mengisi jawatan di Manchester United dalam masa terdekat.

Satu laporan baru-baru ini di Britain berkata Southgate berada dalam senarai pendek calon oleh pengurusan United ketika mereka mencari pengganti tetap kepada Jose Mourinho, yang dipecat bulan lepas.

Tetapi dengan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer membimbing pasukan menang tujuh perlawanan pertama beliau di United, kelab mungkin sudah memiliki pengganti tetap.

Dalam apa jua kes, Southgate, yang membimbing England ke penampilan separuh akhir yang pertama mereka di Piala Dunia 2018, sejak kali terakhir pada 1990, dan juga membimbing pasukan ke pusingan akhir Piala Liga Negara Eropah masih mempunyai urusan yang belum selesai bersama England.

Bekas pemain pertahanan England itu menjelaskan apabila, pada satu majlis makan malam Persatuan Penulis Sukan (FWA) di London Ahad lepas apabila ditanya ekoran spekulasi dengan United, jika beliau selesai dengan tugas sebagai jurulatih England.

“Saya jurulatih England dan ia satu kedudukan penuh berprestij bagi saya,” kata beliau.

“Kami mengharungi tempoh terbaik dalam 20 tahun dan melangkah ke separuh akhir Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.” — AFP

Advertisement