Anda di sini

Ribuan bantah bom kereta di Bogota

Advertisement
 Ribuan rakyat Colombia menyertai perarakan membantah keganasan ekoran serangan bom kereta ke atas sebuah akademi polis yang membunuh 20 kadet dan seorang penyerang di Bogota, Colombia pada Ahad. — Gambar Reuters
BANTAH KEGANASAN: Ribuan rakyat Colombia menyertai perarakan membantah keganasan ekoran serangan bom kereta ke atas sebuah akademi polis yang membunuh 20 kadet dan seorang penyerang di Bogota, Colombia pada Ahad. — Gambar Reuters

BOGOTA: Ribuan orang berarak di Colombia pada Ahad bagi membantah serangan bom kereta yang mengorbankan 20 anggota kadet dan seorang penyerang di sebuah akademi polis, dalam insiden yang dipersalahkan terhadap pemberontak ELN yang menjejaskan rundingan damai.

Bantahan telah diadakan di beberapa bandar sekitar negara, dengan mereka yang berarak memakai pakaian putih sambil membawa  bendera Colombia dan melaungkan slogan berbunyi “pembunuh  bersifat pengecut” dan “nyawa adalah suci”.

“Kami mengadakan tunjuk perasaan untuk menolak semua bentuk keganasan – terhadap pihak polis dan pemimpin sosial,” Yeison Torres, seorang pelajar universiti berusia 19 tahun, memberitahu AFP.

Di Bogota, hari yang dija-dualkan untuk berakhir de-ngan satu upacara keagamaan bagi memperingati mangsa, kesemuanya berusia antara 17 dan 22 tahun, terkorban pada Khamis lepas dalam serangan dengan bahan letupan di bandar raya itu sejak 2003.

“Sebuah kumpulan yang mengambil bahagian dalam penyeludupan dadah, penculikan dan meletupkan semua saluran paip adalah tidak        menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka inginkan kedamaian. Apa lagi, jika meletupkan 20 belia?” kata Amanda Ramirez, 49, seorang pekerja salun kecantikan.

Kerajaan dan beberapa pemimpin pembangkang telah menyertai perarakan dan berjalan melalui ibu negara Colombia.

“Saya berasa sangat kecewa. Namun saya juga mahu keluar dan menghormati para wira ini dan memperingati memori mereka - menolak keganasan, menolak terorisme dan hadir bersama sebagai sebuah negara,” kata Presiden Ivan Duque.

Beberapa peserta perara-kan secara spontan telah berlari ke arah anggota polis untuk memeluk mereka atau menyuarakan penghargaan mereka.

Presiden, yang selepas se-rangan memutuskan untuk membatalkan rundingan damai dimulakan pada 2017 oleh pemimpin sebelumnya, pemenang Nobel Keamanan Juan Manuel Santos, turut mengemukakan sokongan untuk “menangani ancaman ini”.

“Pada hari ini, Colombia sedang memberitahu kamu, ELN, ‘cukup, dan tiada lagi keganasan.’ Colombia telah bersatu untuk menentang jenayah ini,” tambah Duque.

Rundingan damai adalah bertujuan  untuk menamatkan keganasan selama lebih  lima dekad oleh gerila yang ber-inspirasikan Marxis.

Colombia telah mengalami keadaan sedikit tenang selama beberapa tahun sejak perjanjian damai 2016 yang ditandatangani oleh presiden ketika itu, Santos, dan kumpulan gerila Revolutionary Armed Forces of Colombia (FARC).

Dengan perjanjian mercu tanda mengubah bekas pemberontak menjadi sebuah parti politik, kumpulan yang lebih kecil National Liberation Army telah dianggap sebagai kumpulan pemberontak aktif yang terakhir di negara ini.

Menunaikan janji-janji pili-han rayanya, Duque telah mengambil tindakan tegas terhadap ELN, termasuk permintaannya agar mereka membebaskan semua tebusan sebagai prasyarat bagi me-mulakan semula proses damai. Kumpulan itu dipercayai  menahan sekurang-kurangnya 17 orang tebusan. — AFP

Advertisement