Anda di sini

Restoran Tom Yam Gong terbakar

Advertisement
RESTORAN Tom Yam Gong yang terbakar 15 peratus.
RESTORAN Tom Yam Gong yang terbakar 15 peratus.

SANDAKAN: Sebuah restoran Tom Yam Gong terbakar dalam kebakaran di Batu 8 di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata bagaimanapun restoran berkenaan hanya terbakar 15 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 12.44 tengah malam dan seterusnya respon ke tempat kejadian sejauh 8 kilometer dari balai.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan mengerahkan dua jentera, sebuah 'water tanker' dan sebuah jentera EMRS diketuai PBKII Syamzari Gansih bersama 12 anggota," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Anddre berkata sebaik tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran jenis kekal dengan keluasan 15'x30' terbakar 15 peratus.

"Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 'hose reel' dan sumber air dari tangki jentera," katanya.

Tambahnya tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata operasi terkawal pada jam 1.07 pagi dan tamat sepenuhnya jam 1.09 pagi.

  • oleh
  • Advertisement