Anda di sini

Pesuruhjaya Tinggi British ingin bekerjasama dengan KePKAS

Advertisement
CHRISTINA (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Karen (tengah) dan David.
CHRISTINA (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Karen (tengah) dan David.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia berharap dapat mengadakan kerjasama baik dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) di negeri ini.

Ketua Jabatan Konsularnya Karen Song berkata, pihaknya sentiasa memberikan fokus kepada isu-isu alam sekitar dan perdagangan haram hidupan liar.

"Selain itu, Malaysia dan United Kingdom juga mempunyai rangkaian pendidikan yang besar.

"Ramai pelajar dari negara ini menuju ke UK untuk mendapatkan pendidikan di peringkat lebih tinggi.

"Malaysia adalah negara kedua terbanyak menghantar pelajar ke UK untuk melanjutkan pendidikan," katanya ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, di sini.

Beliau berkata, program biasiswa yang ditawarkan British adalah salah satu cara terbaik untuk pelajar Malaysia melanjutkan pendidikan di negara itu.

Karan juga berharap lebih ramai warganegara British akan datang melawat Sabah selepas mendengar penjelasan Christina mengenai agenda mempromosi sektor pelancongan di negeri ini.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan Christina adalah pada Ogos tahun lalu, kami telah berbincang mengenai faedah pelancongan Sabah serta fokus terhadap kebersihan di bandar, luar bandar dan pantai," katanya.

Sementara itu, Christina menjelaskan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) kini menyasarkan pasaran pelancongan di UK, Eropah, Australia dan New Zealand.

Beliau juga menerangkan cabaran dihadapi sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, Karan turut memperkenalkan David Powell sebagai Konsul Kehormat British baharu di Sabah kepada Christina.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap KePKAS William Baya, Pengurus Besar STB Suzaini Sabdin Ghani dan Pegawai STB Josephine Chai.

  • oleh
  • Advertisement