Anda di sini

Lot parkir pili bomba dicat semula

Advertisement
PANG (tengah) bersama Tan ketika meninjau kerja-kerja mengecat semula lot parkir pili berhampiran pili bomba di Bandar Kim Fung.
PANG (tengah) bersama Tan ketika meninjau kerja-kerja mengecat semula lot parkir pili berhampiran pili bomba di Bandar Kim Fung.

SANDAKAN: Beberapa lot parkir berhampiran pili bomba di Bandar Kim Fung dan Hing Long dalam kawasan Elopura telah dicat semula oleh kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Kerja-kerja mengecat semula itu dilakukan selepas orang awam mengadu garisan petak pili bomba telah pudar hingga menyebabkan ramai pengguna jalan raya salah sangka ia adalah tempat letak kereta umum.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Elopura, Jason Pang bersama Pemaju Mukim Elopura, Stanley Tan kemudian membuat tinjauan di kedua-dua kawasan itu.

Pang berkata lot parkir berhampiran pili bomba amat penting dan orang ramai tidak dibenarkan meletak kenderaan di kawasan itu.

Jelasnya, sekiranya berlaku kejadian kebakaran, tindakan meletak kenderaan di lot parkir pili bomba boleh mengganggu operasi pasukan bomba.

Dengan mengecat semula lot-lot parkir terlibat, beliau berharap penduduk Sandakan akan lebih peka dan bertoleransi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini kelak.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada Presiden MPS, Datuk Peter Hii Chang Lik dan kakitangan yang terlibat kerana mengambil tindakan dengan cepat.

  • oleh
  • Advertisement