Anda di sini

Emart Batu Kawa pusat sehenti beli-belah sempena TBC

Advertisement
 Makanan ringan dan kekacang.
BANYAK: Makanan ringan dan kekacang.

KUCHING:Emart Batu Kawa (Emart) akan mengadakan Jualan dan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 sebagai pusat sehenti untuk membeli-belah.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, pasar raya Emart menyediakan pelbagai produk termasuk penjagaan diri dan rumah serta hadiah untuk sambutan tahun baharu dengan lebih penjimatan bagi produk berkualiti yang ditawarkan pihaknya.

Set hamper dan hadiah adalah pelbagai dan ia dihiasi secara elegan mengikut cita rasa tradisi dan moden.

Ia datang dalam pelbagai saiz dan pelanggan boleh terus ke premis Emart untuk melihatnya sendiri begitu juga dengan jualan biskut, minuman, gula-gula dan makanan lain sebagai persediaan sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tidak dilupakan lokam dan ‘rice cake’ juga telah berada di pasaran dan dijual di pasar raya itu.

Turut disediakan edisi terhad angpau (dua beruang bernama Sara dan Wak iaitu maskot Emart) yang direka sendiri secara eksklusif oleh pihak Emart bagi ahlinya di sini.

 (Dari kiri) Kon, Phang, Simon, Alan dan Thung.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Kon, Phang, Simon, Alan dan Thung.

Angpau edisi ketiga akan dikeluarkan pada 20 hingga 27 Januari ini sementara edisi keempat akan dikeluarkan pada 28 Januari hingga 4 Februari.

Angpau tersebut boleh ditebus di kaunter perkhidmatan pelanggan Emart sekiranya berbelanja RM88 ke atas di pasar raya itu.

Bagi keahlian baharu atau pembaharuan keahlian juga layak mendapat angpau tersebut secara percuma.

Pada masa yang sama, pihaknya telah membuka Emart Batu Kawa Chinese New Year Street pada Ahad lepas dengan kehadiran penyampai radio TeaFM Kenji dan Addy.

Ia telah dirasmikan Pengurus Kanan Emart Simon Lee Sui Sui, Pengurus Kanan Pengurusan Perniagaan Emart Phang Kang Wai, Pembantu Pengurus Pemasaran Emart Kon Chi Min, Pembantu Pengurus Pemasaran Emart Alan Bong Chun Yong dan Ketua Hartanah Emart Thung Kuey Ing.

Waktu beroperasi Emart Batu Kawa Chinese New Year Street adalah untuk tempoh 17 hari bermula 18 Januari hingga 3 Februari depan.

Ia berupaya menjadi platform dalam mempromosikan produk seperti biskut buatan sendiri, kekacang, acar, Bakkwa (Loong Kee, Yuen Chen Siang), hamper, pakaian dan lokam antaranya, bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Banyak aktiviti dan persembahan turut disediakan pihaknya bagi para pelanggan seperti tarian singa oleh Jee Xiang Ru Yi Hakka Lion Dance pada jam 6.30 petang kelmarin (20 Januari).

Perkongsian ‘God of Fortune’ oleh TEA selepas itu diikuti pada 26 Januari ‘3Q Coloring Contest Indoor Promotional Area’.

Juga pada 27 Januari ‘Ms Little by Cheongsam Smart Reader’ dan ‘Kids Mr Indoor Promotional Area’ diikuti  persembahan tradisi muzik tradisional Cina.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook di https://www.facebook.com/EmartMY/.

Advertisement