Anda di sini

Dr Mahathir kunjungi Canselor Republik Austria

Advertisement
 Dr Mahathir (kiri) mengadakan pertemuan dengan Kurz, di Federal Chancellery,                                            di Vienna semalam. — Gambar Bernama
PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA: Dr Mahathir (kiri) mengadakan pertemuan dengan Kurz, di Federal Chancellery, di Vienna semalam. — Gambar Bernama

VIENNA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery di sini semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya, Duta Malaysia di Austria Datuk Ganeson Sivagurunathan dan tiga pegawai kanan Malaysia.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu untuk bertukar-tukar pendapat dalam memperkukuh-kan hubungan dua hala antara Malaysia dan Austria, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, sains dan teknologi, pelancongan selain isu serantau serta antarabangsa membabitkan kepentingan bersama. — Bernama

Advertisement