Anda di sini

Api kebakaran dipadam jiran sebelum bomba tiba

Advertisement
KEBAKARAN hanya melibatkan soket dan merebak ke rak kasut berhampiran.
KEBAKARAN hanya melibatkan soket dan merebak ke rak kasut berhampiran.

SANDAKAN: Sebuah rumah terselamat dalam kebakaran apabila api berjaya dipadamkan oleh jiran sebelum bomba tiba dalam kejadian di Taman Fajar, pagi Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata kebakaran terbabit hanya melibatkan satu soket dan merebak ke rak kasut yang berhampiran.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.26 pagi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dengan kekuatan 10 anggota diketuai PBKII Arsad Kadir dengan sebuah jentera FRT, sebuah LFRT, sebuah 'water tanker' dan sebuah kenderaan EMRS.

"Kebakaran melibatkan satu soket dan merebak ke rak kasut yang berhampiran, namun tidak melibatkan struktur bangunan.

"Kebakaran telah dipadamkan oleh jiran sebelum ketibaan pasukan bomba. Justeru, tiada operasi pemadaman dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Anddre berkata pihaknya hanya melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada lagi sumber kemerbahayaan lain.

Operasi terkawal pada jam 8.45 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 8.46 pagi, serta tiada mangsa terlibat dilaporkan.

  • oleh
  • Advertisement