Anda di sini

10 tentera pengaman PBB maut di Mali

Advertisement

BAMAKO: Pejuang jihad bersenjata telah membunuh 10 tentera pengaman Chad dan mencederakan sekurang-kurangnya 25 yang lain dalam serangan ke atas sebuah kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Mali pada Ahad - salah satu serangan paling berbahaya terhadap misi PBB di negara Afrika Barat.

Al-Qaeda in the Islamic Maghreb (AQIM) telah me-ngaku  bertanggungjawab terhadap serangan itu, me-nyatakan ia adalah “reaksi” kepada kunjungan ke Chad oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor agensi berita Mauritanian Al-Akhbar, yang sering menerima kenyataan daripada kumpulan jihad ini.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengecam dengan setegasnya apa yang beliau katakan adalah satu “serangan yang kompleks” ke atas kem di Aguelhok, di wilayah Kidal dan menggesa agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.

“Sepuluh tentera pengaman dari Chad terbunuh dan sekurang-kurangnya 25 tercedera,” menurut satu kenyataan daripada jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Lelaki bersenjata telah menyerang pada awal Ahad di pangkalan Aguelhok 200 kilometer di utara Kidal dan ke arah sempadan dengan Algeria, menurut sumber rapat dengan misi MINUSMA.

“Pasukan tentera MINUSMA telah bertindak balas de-ngan gagahnya dan beberapa penyerang terbunuh,” kata Dujarric, tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai jumlah tersebut.

Mahamat Saleh Annadif, wakil PBB untuk Mali, telah mengecam apa yang beliau katakan adalah satu serangan yang “keji dan zalim”.

“Tentera pengaman dari pasukan MINUSMA di Aguelhok telah membalas sera-ngan yang sofistikated oleh penyerang yang tiba dalam beberapa kenderaan bersenjata,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Serangan “menunjukkan kesungguhan pengganas untuk mencetuskan ketega-ngan.

“Ia menuntut respons yang keras, segera dan bersepadu oleh semua pasukan untuk memusnahkan bahaya keganasan di Sahel.”

Pada Ahad, Menteri Pertahanan Perancis Florence Parly memberitahu radio Perancis bahawa pasukan antipejuang jihad G5 Sahel di wilayah itu telah memulakan semula operasinya.

Operasi telah ditangguh selepas satu serangan ke atas ibu pejabat mereka pada perte-ngahan 2018. Pasukan tentera G5 merangkumi kontinjen dari Mali, Mauritania, Niger, Burkina Faso dan Chad.

Satu serangan di pangkalan yang sama pada April lepas telah mengorbankan dua tentera pengaman dan menyebabkan beberapa lagi tercedera.

Pada Oktober 2014, sembilan anggota tentera dari kontinjen Nigeria terkorban  di timur laut.

Kira-kira 13,000  tentera pengaman telah dikerahkan di Mali sebagai sebahagian daripada misi PBB.

Ia ditubuhkan selepas militia Islamis merampas bahagian utara negara pada 2012. Mereka diundurkan oleh pasukan tentera Perancis pada 2013.

Satu perjanjian damai di-tandatangani pada 2015 oleh kerajaan Bamako dan kumpulan bersenjata bertujuan untuk mengembalikan ke-stabilan di Mali.

Namun perjanjian itu gagal menghalang keganasan oleh militan Islam, yang turut melakukan serangan di negara jiran Burkina Faso dan Niger.

Pada awal bulan ini, Pe-rancis dan Amerika Syarikat mengkritik pihak berkuasa di Mali  di atas kegagalan mereka untuk menghalang keganasan yang bertambah buruk.

Pada 16 Januari, Perancis mengugut untuk mendesak lebih banyak sekatan terhadap Mali selepas mendengar satu laporan rasmi PBB mengenai keganasan yang bertambah teruk di negara Afrika Barat itu. — AFP

Advertisement